Wednesday, May 26, 2010

Siapa Kita....episode 1



SIAPA KITA...


Lamunanku tersentak pabila terdengar suara bonda memanggil ku dari dapur. Aku terus berjalan ke dapur untuk mendapatkan bonda.. “Ya bonda ada apa?”. Sambil aku tolong bonda susun pinggan mangkuk yang telah dibasuh..


“Angah nak pergi kedai kan?”. Memang sebentar tadi aku ada bagitau bonda yang aku ingin ke kedai mencari beberapa barang untuk kerjaku..


“Hm,bonda ada nak kirim apa-apa?” “Nanti tolong belikan bonda kelapa parut sebiji ya..” tangan bonda ligat membuat kerja kerja rumah.. Bonda memang cekap dalam menguruskan kerja rumah. Patutlah dalam rumah ini nak jumpa habuk pun susah.. Itulah sikap bonda sejak dari anak dara lagi kata nenek. “Bonda nak buat kuih apa petang ni?”aku tau setiap kali ada adik beradik yang balik ke kampung pasti bonda akan buat kuih untuk minum petang. Bonda memang rajin buat kuih..


“Bonda ingat nak buat kuih buah melaka petang ni”.


‘Hm,sedap tu bonda..!lagi ada apa-apa bonda nak kirim?


‘rasanya takde tapi angah bawa jelah handset. Nanti kalau bonda nak bonda tipon angah…


Baiklah bonda. Angah pergi dulu ya…


Dah lama benar rasanya aku tak hirup udara segar kampung aku ni. Walaupun da banyak perubahan berlaku kat sini namun udara nikmat maha Pencipta ni tetap tak berubah seperti dulu. Masih segar. Alhamdulillah. Tanpa pencemaran yang teruk macam di bandar tu. Bohong lah kalau aku kata takde sampah langsung kan? Memang la ada tapi takdelah sampai menghasilkan bau yang menusuk ke lubang hidung aku ni. Mungkin alam sekitar kat kampung aku masih terpelihara salah satu sebabnya belum ada kilang didirikan disini lagi. Sekarang ni pun aku tengok cybercafé da ade dua tiga kat sini.


Kedai handset dah berlambak. Kadai makan tak payah cakaplah,cakap je nak makan apa. Korang jangan tak caya warung mak cik Senah yang jual nasi lemak je dulu masa aku sekolah rendah,sekarang dah jadi restoran western food mak cik senah. Zaman dah berubah. Dunia dah maju.


Hm,nasib petang ni tak panas. Aku jalan kaki je pergi kedai runcit pak mat. Lagipun tak jauh mana. Lebih kurang lima enam minit dah sampai. Dan aku memang suka pergi kedai pak mat sebab kalau ada rezeki dapat aku jumpa Nani anak gadis comel pak mat tu. Hehehe…! Comel macam sharifah amani tu! Tapi nama dia Nor Hanani. Aku memang ada hati kat dia dulu. Tapi mana lah dia nak pandang aku ni budak nakal kat sekolah dulu. Belajar pun aku main-main lagi lah dia tak suka aku. Sekarang aku dengar dia sambung master kat University Putra Malaysia dalam jurusan perubatan. Bila la dia nak habis belajar agaknya. Aku ni kalau di suruh belajar balik mahu lintar pintas otak aku. Lagi-lagi kalau tengok formula fizik kimia tu. Fenin..fenin..


Sekarang ni tengah cuti semester budak-budak ‘u’


ni kalau ada rezeki,tuah badan dapat aku jumpa ‘kekasih gelap’ aku tu. Heh! Dia memang rajin tolong ayah dia kat kedai..


Dari jauh aku nampak satu tubuh montok sedang terbongkok bongkok menyapu sampah di depan kedai pak mat. Tak salah lagi memang nani lah orangnya tu. Hehehe .. kan aku da cakap tuah badan. Tanpa berlengah lagi aku mempercepatkan langkahku menuju ke kedai Pak mat,bapa mertua tak jadiku. Heh!