Saturday, April 27, 2013

Penat Ketat Sendat Padat

          Assalam semua.. Minggu ni agak sibuk dengan 'renovation' tempat kerja aku sekarang.. kerja full shift je, bila balik malam badan da letih terus tidur.. Nak meluangkan masa untuk merapu dalam blog ni pon tak sempat.. Heh!
          Diam tak diam da tiga tahun aku kerja kat sini (Parkson Corparation Bhd). Macam-macam pengalaman aku dapat macam-macam kawan aku kenal, semua mengajar aku erti 'dewasa'... Kawan yang rapat belum tentu setia,kawan yang biasa da tentu tak kekal lama.. Sahabat sejati tu yang kita nak cari sebenarnya... Korang pon ada pengalaman masing masing kan pasal kawan? Aku menulis apa yang aku pelajari dari pengalaman sendiri dan kawan kawan.. Aku teringat cikgu aku pernah berkata pengalaman adalah 'cikgu' terbaik... Sesiapa belajar dari pengalaman dia menjadi lebih matang dari orang lain,dan sesiapa yang biarkan pengalaman berlalu begitu saja mereka adalah orang yang rugi.. Ilmu dari pengalaman tak kan kita dapat dimana mana tanpa kita sendiri lalui pengalaman tu.. Huh, aku bila da menulis macam pakar sastera.. Haha! Takdelah bila aku tulis aku cuba motivasikan diri aku sendiri sebenarnya... kalau korang dapat sesuatu dari apa yang aku tulis ni sekurang kurangnya aku pon da bagi ilmu kat korang secara tidak rasmi...
          Aku letak gambar gambar selepas renovation hari tu tapi tak banyak sebab byk dalam kamera aku,ni yang dalam handset je aku sempat upload..Kalau korang nak datang jangan segan segan la membeli belah di PARKSON MAHKOTA PARADE..
     





                           
        Ok, phase 1 da siap, tunggu phase 2 pulak lepas ni.. Ni baru sket ni kalau aku ada masa aku upload lagi gambar phase 1 ni punya gambar... Jumpa lagi post yang akan datang... Assalamualaikum kawan...

Wednesday, April 3, 2013

THE NEW BEGUN

          Assalamualaikum..dan salam sejahtera kepada pembaca semua.. Alhamdulillah blog kesayangan hamba ni da boleh 'beraksi' semula atas pertolongan seseorang.. Terima kasih sangat sangat kepada yang berkenaan.. Heh!
          Ok untuk entry yang baru ni aku hanya nak santai je.. Taknak cerita berat berat kang sakit kepala plak memasing.. haha! tak kelakar..ok.. Sekarang kehidupan aku lebih 'terjaga' oleh seseorang yang bakal menjadi suri hidupku tidak lama lagi..insyaALLAH.. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.. ikatan pertunangn telah dijalankan hanya tunggu masa untuk diijab qabulkan dan waktu yang telah dipersetujui oleh kedua pihak.. korang tunggu jelah ea.. Doakan yang baik baik untuk kitaorang =)
           Skema sangat plak ayat aku..ok tulah serba sedikit tentang diri aku sekarang ni.. yang lain lain tak payah lah nak share sangat kan. Aku sekarang nak jadi lebih baik dari sebelum ni,semua orang nak berubah jadi baik dari sebelumnya begitu juga aku..kisah lama biarlah menjadi pengajaran dan pengalaman hidup.. Bak kata p.ramlee 'barang yang lepas hai jangan dikenang..' Just go through your life..
           Oh, ya sebelum aku terlupa aku nak share hari ni ulang tahun pertama perhubungan kami 03/04/13 dan juga genap sebulan aku sebagai tunangan orangc(03/03/13).. Alhamdulillah semoga hubungan ini kekal ke akhirnya.. Amin..