Monday, June 27, 2011

Curahan Rasa Sekeping Hati...

           Hmmmm... macam biasalah aku ni....bila tak blh tidur je aku akan jengah blog aku ni. tak tau la apa yang aku tengah fikir... macam-macam kot.. sedih ada..happy ade.. sayu ade.. macam2 la aku fikir dan rasa skang ni... jam da pukul 3.26am tu..mata tak boleh lelap plak..ape kene la dgn aku ni...
                      ada orang kata cinta ni tak perlu diucapkan cukup dgn perhatian dan tingkah laku kita terhadap insan yang kita sayang... dan ada juga orang yang suka meluahkan apa yang dia rasa terhadap pasangannya bagi  menunjukkan kasih sayang dia pada pasangannya... korang pilih yang mana? bagi aku dua2 yang aku sebut tadi perlu jalan seiring.. luahkan rasa cinta dibibir dgn kata2 indah dan lakukan perkara yang menunjukkan kita hargai dan cinta terhadap pasangan kita...
             tapi tak semua orang sama kan? masing2 ada cara tersendiri meluahkan rasa cinta terhadap pasangan... ada jugak yang suka meluahkan rasa kasih dengan memberi hadiah2...walaupun bukan hadiah yang mahal2 tapi pengertian dan maknanya tu yang paling penting...tu pon salah satu cara meluahkan rasa cinta kan..? terpulang pada diri masing2 untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta tu selagi tak salah dari hukum hakam agama ia boleh diteruskan... aku pon bukan pandai sangat nak bercakap soal cinta ni korang aku rasa lagi expert nk cakap soal cinta kan.. ni cuma sebahagiaan pandangan aku tentang cara luahan rasa cinta.. dari sudut pandangan mata aku...
                bukan apa, tadi ada seseorang cakap kat aku dia nampak 'couple' ni mungkin dari korea kot aku tak pasti, umur boleh dikatakn lebih setengah abad tapi masa berjalan seiring tu still lagi berpimpin tangan...jalan pon da slow tapi still nampak loving couple.. so sweet kan? maybe culture kat sana kita tak pelik sebab ramai yang sudah berusia pon still jalan berpimpin tangan..kat sana normal situasi macam tu..kenapa kat negara kita susah kita nak nampak budaya macam ni...? kat sini bila masa muda dan bercinta jalan nak berkepit,kadang nak langgar tiang pon tangan masih tak nak lepas... tapi bila da mula ada anak dua tiga orang da tak buat lagi macam tu.. kenapa ya? malu ke nak pegang tangan isteri sendiri? kalau buat plak nanti ada plak yang kata 'da buang tebiat ke?' hehe..! tu budaya kat sini kan?
                aku sendiri pon belum kahwin dan belom ada anak. aku pon tak pasti apa yang akan berlaku kat aku nanti.. cuma aku harap isteri aku nanti tak lah kata aku ni buang tebiat ke apa bila aku nak pimpin tangan dia sampai tua nanti...heh! sepatutnya budaya yang elok macam ni tak salah kita ikut dan amalkan sebab aku rasa itu semua lagi merapatkan hubungan dan kasih sayang terhadap pasangan kita...dato' fadzilah kamsah pakar motivasi kita tu pon pernah cakap... "sebelom dan selepas balik kerja berilah ciuman dan pelukan pada isteri itu akan memberi satu semangat baru dan hati akan tenang..." tapi nasihat aku plak ada isteri2 kalau nak suami buat macam tu selalu, kena lah sentiasa berdandan sket untuk suami tercinta...tak salah kan? malah dapat pahala lagi..ni kadang2 aku tengok para isteri ni kalau nak keluar rumah bukan main cantik lagi tapi dok kat umah suami sendiri jelah tau..hehe! aku bukan nak cakap semua isteri macam tu cuma kebanyakannya aku nampak macam tu..
                 benda macam ni kat ceramah2 agama pon selalu ada cakap aku pon tau korang smua pernah dengar cuma kita ni jarang nak buat je..kita tau tapi tak nak amalkan..macam aku cakap dari awal tadi masing2 ada cara tersendiri cuma tak salah kan kalau kita buat untuk kebaikan bersama..aku nak ingatkan diri aku je aku tulis semua ni..maaflah kalau ada yang terasa ke apa.. aku takde niat pon nak sindir sesiapa..yang baik kita jadikan pengajaran yang buruk kita jadikan tauladan... baiklah kawan2 da pukul 4.30 da ni..nak tidur sekejap. kang masuk keje pagi pukul 9.30. aku nak tido dlu ya kawan2.. asslamualaikum....
               
               






Thursday, June 23, 2011

Blog aku berwajah baru..lebih ke'blues'an...heh!

             Skrg bukak blog aku ni aku da blh tersenyum lebar bila tgk wajah baru blog aku ni...ni smua hasil kerja adik2 aku yg best...
bangcik@ yg kreatif bab2 edit ni..
adik@ yg kreatif bab2 komplen ni...
dan...
ayu@ yg pertama ciptakan blog aku ni...
hehehe...tulah tiga org adik aku yg godek2 aku punya blog ni smpai jadi mcm ni...tapi x ketinggalan seorg teman yg tolong buat jugak blog aku ni dlu...terima kaseh aku ucapkan pd smua...so,apa pendapat korang pasal blog aku yg berwajah baru ni? ok x?
              Tapi sebelom tu aku nk mohon maaf dlu kat brader aie kartunis merangkap sifu aku dlm dunia kartun dan penulisan ni...bermula baca hasil kerja beliau lah aku jadi minat dan tertarik nak menulis dan melukis ni...tu pon aku ade selitkan karya terbaru beliau dlm blog aku ni...lukisan dia mmg superb..korang mgkn ade yg kenal dan ade yg x kenal brader aie ni...beliau seorang kartunis tanah air yg terbaik bagi aku..dr hasil karya dia yg pertama aku baca dlm majalah humor ujang iaitu 'abe' lepas tu 'aku hidup dalam blues' kemudian 'blues untuk aku' ada lagi 'bear n bob' dan yang terbaru ni aku baca 'aku dan sesuatu' itu pon 3 ke 4 tahun lepas pastu da susah aku nk cari karya2 beliau di kedai2 buku...tapi klu aku jumpa karya dia aku mesti beli...best woo..layan habes baca cerita dia ni dgn lukisan dia yg superb tu...
              Ok lah geng cuaca kat luar tu x mengizinkan aku nk mencoret panjang2 kat sini...ada masa aku update lagi post baru...guruh da berdentam dentum kat luar tu...maknanya hujan mau turun..."aniii... angkat kain hujan...jemuran udah turun...." heheh! terbuat lawak plak...ha kan..hujan da turun..ok kawan2 see you next post...macam biasa ayat aku...astalavista babeh...!
              
              




Sunday, June 19, 2011

KERANAMU....

              Assalamualaikum,pembaca smua...lama betul aku x menulis pape kat blog aku yg da bersawang ni... ntahlah mungkin mood aku kot buat aku xde selera nk menulis kat sini..tahun 2011 ni terlalu banyak dugaan buat aku...dari pasal rumah aku kena pecah awal tahun hari tu smpai ke soal hati yg susah aku nk cerita kat sini takut ada perasaan yg tersinggung...xpela tu smua biarlah aku pendam sendiri...
              Berdoa adalah jalan terakhir aku sbg hambaNYA di muka bumi ini setelah berusaha sebaik mungkin... andai kita selalu berdoa x mustahil Allah akn beri kita yg terbaik.. dia adalah yg terbaik pernah aku miliki... oklah kawan2 walaupon aku tgh sedih skrg ni aku xnk pembaca pon turut sedih dgn aku bila baca kesedihan aku kat blog ni...aku perlu hadapi smua ni andai mahu bahagiakan dia suatu hari nanti...klu aku lemah aku xmampu nk bahagiakan sesiapapun kan..? insyaALLAH... awak kita mampu utk hadapi smua ni... dengarkan luahan hatiku...
            
              KERANAMU...

SENYUMANMU BAGAI SURIA PAGI..
MEMBAWA SERIBU KEBAHAGIAAN..
TAWAMU UMPAMA LAGU
YANG KERIANGAN BERTERUSAN..
SUARAMU GEMERSIK PENYAIR
MENYUSUN KATA KATA...
         TANPAMU KU SEPI...
         SIANG KU SUNGGUH SUNYI...
         MALAM KU PULA TAK BERERTI
         ANDAI KAU TIADA
        AKU SENGSARA....
BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN
MENANTI DAN TERUS MENANTI...
NAMUN KU PASTI
KAU KAN HADIR DISISI...
SAAT ITU KU TANGISI
KAU KAN KUMILIKI...
SELAMANYA NAN HAKIKI
          KERANAMU...
          AKU BAHAGIA ABADI...
          KERANAMU...
          AKU BAHAGIA ABADI...
          KERANAMU...
          AKU BAHAGIA ABADI...



              
             
             

Saturday, June 11, 2011

Bagaimana Mendorong Khusyuk Dalam Sembahyang?

dipetik dari http://soleh.net

semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri kita..insyaALLAH..

9 July 2007 oleh ImamKhalid
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Melakukan sujud tilawah juga merupakan salah satu di antaranya.
Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:
  1. Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar.
  2. Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita.
  3. Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan.
    Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda.
  4. Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
  5. Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah.
  6. Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya. Allah berfirma di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud:
    Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.
  7. Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapa para sufi yang bermaksud:
    Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku.
  8. Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang samada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah.
  9. Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya.
  10. Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.
  11. Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi. ...wallahu a'lam