Tuesday, July 5, 2011

Menanti.....

(01/07/2011)             
             Sekejap da berlalu setengah tahun pertama 2011..macam mana impian korang untuk tahun ni? ada yang da tercapai? atau masih ada yang tercari2 sesuatu yang masih belom digapai? aku? susah lah nk cakap.. xnk lah cakap pasal diri aku buat sementara waktu ni..aku nk citer general topik je...cinta. topik yang selalu aku suka bincangkan dalam blog ni..
              C.I.N.T.A. semua orang tau kan pasal cinta.. kanak kanak seawal umur 7tahun da tahu da cakap soal cinta,tapi mungkin budak2 macam tu tak tahu la sejauh mana pengertian cinta tu kan.. diaorang hanya tau sebut cinta pada insan yang diaorang suke je..  tetapi kita sebagai insan yang lebih dewasa.. jumpa,kenal,jatuh cinta,putus cinta lumrah kehidupan manusia.. ada dari kawan jadi cinta,ada cinta pandang pertama, dan x kurang cinta yang diperkenalkan antara satu sama lain..seperti guna orang tengah la maksud aku ni... ke mana cinta tu boleh bertahan dan pergi jauh atau hingga ke akhir hayat tu yang paling sukar kita nak lakukan.. dugaan dan rintangan dari pelbagai sudut kita perlu tempuhi dengan sabar untuk mendapat kemanisan cinta suatu hari nanti.. kalau kita mudah mengalah dengan dugaan yang DIA berikan pada kita mungkin x sampai kemana cinta tu.. jadi sebenarnya yang utama kita perlu cinta pada PENCIPTA kita terlebih dahulu sebelum mencintai sesama insan...
second days writing.....(05/07/2001)
            Tiba tiba hari ni aku sebak sangat...tak tertahan rasanya hati aku menanggung apa yang aku lalui sekarang...nak luah tak terzahir nak pendam x tertanggung...adakah dia merasai apa yang ku alami sekarang  atau dia sedang bergembira bersama teman2 barunya...aahhh..terlalu berat dugaan ini...YA ALLAH berikan aku kekuatan untuk hadapi smua ni YA ALLAH..sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI yang tersurat dan tersirat apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku kelak..hanya padaMU ku memohon YA ALLAH...
            hari tu masa tulis post ni, hari pertama tu baru je aku cuba nk jadi kuat tapi hari ni ternyata aku begitu lemah...lemah selemahnya...mungkin ada yang akan tertawakan aku bila aku ckp macam ni tapi inilah yang aku rasa sekarang...aku hanya memikirkan yang baik2 je..aku xnk fikir perkara yang x baik tapi air jernih dari mata ini keluar jua...mana ego aku selama ni? teruk kah kalau lelaki menangis? jatuh ke ego seorang lelaki bila jatuh air matanya ke bumi? kalau menangis sekalipon adakah yang peduli atau yang ambik tau? adakah yang turut merasa kepedihan itu? terlalu banyak persoalan yang harus ku nantikan jawapan...tapi sampai bila? biarlah DIA yang menentukan segalanya...http://youtu.be/WljbmnlS00

       

              

Monday, June 27, 2011

Curahan Rasa Sekeping Hati...

           Hmmmm... macam biasalah aku ni....bila tak blh tidur je aku akan jengah blog aku ni. tak tau la apa yang aku tengah fikir... macam-macam kot.. sedih ada..happy ade.. sayu ade.. macam2 la aku fikir dan rasa skang ni... jam da pukul 3.26am tu..mata tak boleh lelap plak..ape kene la dgn aku ni...
                      ada orang kata cinta ni tak perlu diucapkan cukup dgn perhatian dan tingkah laku kita terhadap insan yang kita sayang... dan ada juga orang yang suka meluahkan apa yang dia rasa terhadap pasangannya bagi  menunjukkan kasih sayang dia pada pasangannya... korang pilih yang mana? bagi aku dua2 yang aku sebut tadi perlu jalan seiring.. luahkan rasa cinta dibibir dgn kata2 indah dan lakukan perkara yang menunjukkan kita hargai dan cinta terhadap pasangan kita...
             tapi tak semua orang sama kan? masing2 ada cara tersendiri meluahkan rasa cinta terhadap pasangan... ada jugak yang suka meluahkan rasa kasih dengan memberi hadiah2...walaupun bukan hadiah yang mahal2 tapi pengertian dan maknanya tu yang paling penting...tu pon salah satu cara meluahkan rasa cinta kan..? terpulang pada diri masing2 untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta tu selagi tak salah dari hukum hakam agama ia boleh diteruskan... aku pon bukan pandai sangat nak bercakap soal cinta ni korang aku rasa lagi expert nk cakap soal cinta kan.. ni cuma sebahagiaan pandangan aku tentang cara luahan rasa cinta.. dari sudut pandangan mata aku...
                bukan apa, tadi ada seseorang cakap kat aku dia nampak 'couple' ni mungkin dari korea kot aku tak pasti, umur boleh dikatakn lebih setengah abad tapi masa berjalan seiring tu still lagi berpimpin tangan...jalan pon da slow tapi still nampak loving couple.. so sweet kan? maybe culture kat sana kita tak pelik sebab ramai yang sudah berusia pon still jalan berpimpin tangan..kat sana normal situasi macam tu..kenapa kat negara kita susah kita nak nampak budaya macam ni...? kat sini bila masa muda dan bercinta jalan nak berkepit,kadang nak langgar tiang pon tangan masih tak nak lepas... tapi bila da mula ada anak dua tiga orang da tak buat lagi macam tu.. kenapa ya? malu ke nak pegang tangan isteri sendiri? kalau buat plak nanti ada plak yang kata 'da buang tebiat ke?' hehe..! tu budaya kat sini kan?
                aku sendiri pon belum kahwin dan belom ada anak. aku pon tak pasti apa yang akan berlaku kat aku nanti.. cuma aku harap isteri aku nanti tak lah kata aku ni buang tebiat ke apa bila aku nak pimpin tangan dia sampai tua nanti...heh! sepatutnya budaya yang elok macam ni tak salah kita ikut dan amalkan sebab aku rasa itu semua lagi merapatkan hubungan dan kasih sayang terhadap pasangan kita...dato' fadzilah kamsah pakar motivasi kita tu pon pernah cakap... "sebelom dan selepas balik kerja berilah ciuman dan pelukan pada isteri itu akan memberi satu semangat baru dan hati akan tenang..." tapi nasihat aku plak ada isteri2 kalau nak suami buat macam tu selalu, kena lah sentiasa berdandan sket untuk suami tercinta...tak salah kan? malah dapat pahala lagi..ni kadang2 aku tengok para isteri ni kalau nak keluar rumah bukan main cantik lagi tapi dok kat umah suami sendiri jelah tau..hehe! aku bukan nak cakap semua isteri macam tu cuma kebanyakannya aku nampak macam tu..
                 benda macam ni kat ceramah2 agama pon selalu ada cakap aku pon tau korang smua pernah dengar cuma kita ni jarang nak buat je..kita tau tapi tak nak amalkan..macam aku cakap dari awal tadi masing2 ada cara tersendiri cuma tak salah kan kalau kita buat untuk kebaikan bersama..aku nak ingatkan diri aku je aku tulis semua ni..maaflah kalau ada yang terasa ke apa.. aku takde niat pon nak sindir sesiapa..yang baik kita jadikan pengajaran yang buruk kita jadikan tauladan... baiklah kawan2 da pukul 4.30 da ni..nak tidur sekejap. kang masuk keje pagi pukul 9.30. aku nak tido dlu ya kawan2.. asslamualaikum....
               
               






Thursday, June 23, 2011

Blog aku berwajah baru..lebih ke'blues'an...heh!

             Skrg bukak blog aku ni aku da blh tersenyum lebar bila tgk wajah baru blog aku ni...ni smua hasil kerja adik2 aku yg best...
bangcik@ yg kreatif bab2 edit ni..
adik@ yg kreatif bab2 komplen ni...
dan...
ayu@ yg pertama ciptakan blog aku ni...
hehehe...tulah tiga org adik aku yg godek2 aku punya blog ni smpai jadi mcm ni...tapi x ketinggalan seorg teman yg tolong buat jugak blog aku ni dlu...terima kaseh aku ucapkan pd smua...so,apa pendapat korang pasal blog aku yg berwajah baru ni? ok x?
              Tapi sebelom tu aku nk mohon maaf dlu kat brader aie kartunis merangkap sifu aku dlm dunia kartun dan penulisan ni...bermula baca hasil kerja beliau lah aku jadi minat dan tertarik nak menulis dan melukis ni...tu pon aku ade selitkan karya terbaru beliau dlm blog aku ni...lukisan dia mmg superb..korang mgkn ade yg kenal dan ade yg x kenal brader aie ni...beliau seorang kartunis tanah air yg terbaik bagi aku..dr hasil karya dia yg pertama aku baca dlm majalah humor ujang iaitu 'abe' lepas tu 'aku hidup dalam blues' kemudian 'blues untuk aku' ada lagi 'bear n bob' dan yang terbaru ni aku baca 'aku dan sesuatu' itu pon 3 ke 4 tahun lepas pastu da susah aku nk cari karya2 beliau di kedai2 buku...tapi klu aku jumpa karya dia aku mesti beli...best woo..layan habes baca cerita dia ni dgn lukisan dia yg superb tu...
              Ok lah geng cuaca kat luar tu x mengizinkan aku nk mencoret panjang2 kat sini...ada masa aku update lagi post baru...guruh da berdentam dentum kat luar tu...maknanya hujan mau turun..."aniii... angkat kain hujan...jemuran udah turun...." heheh! terbuat lawak plak...ha kan..hujan da turun..ok kawan2 see you next post...macam biasa ayat aku...astalavista babeh...!
              
              




Sunday, June 19, 2011

KERANAMU....

              Assalamualaikum,pembaca smua...lama betul aku x menulis pape kat blog aku yg da bersawang ni... ntahlah mungkin mood aku kot buat aku xde selera nk menulis kat sini..tahun 2011 ni terlalu banyak dugaan buat aku...dari pasal rumah aku kena pecah awal tahun hari tu smpai ke soal hati yg susah aku nk cerita kat sini takut ada perasaan yg tersinggung...xpela tu smua biarlah aku pendam sendiri...
              Berdoa adalah jalan terakhir aku sbg hambaNYA di muka bumi ini setelah berusaha sebaik mungkin... andai kita selalu berdoa x mustahil Allah akn beri kita yg terbaik.. dia adalah yg terbaik pernah aku miliki... oklah kawan2 walaupon aku tgh sedih skrg ni aku xnk pembaca pon turut sedih dgn aku bila baca kesedihan aku kat blog ni...aku perlu hadapi smua ni andai mahu bahagiakan dia suatu hari nanti...klu aku lemah aku xmampu nk bahagiakan sesiapapun kan..? insyaALLAH... awak kita mampu utk hadapi smua ni... dengarkan luahan hatiku...
            
              KERANAMU...

SENYUMANMU BAGAI SURIA PAGI..
MEMBAWA SERIBU KEBAHAGIAAN..
TAWAMU UMPAMA LAGU
YANG KERIANGAN BERTERUSAN..
SUARAMU GEMERSIK PENYAIR
MENYUSUN KATA KATA...
         TANPAMU KU SEPI...
         SIANG KU SUNGGUH SUNYI...
         MALAM KU PULA TAK BERERTI
         ANDAI KAU TIADA
        AKU SENGSARA....
BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN
MENANTI DAN TERUS MENANTI...
NAMUN KU PASTI
KAU KAN HADIR DISISI...
SAAT ITU KU TANGISI
KAU KAN KUMILIKI...
SELAMANYA NAN HAKIKI
          KERANAMU...
          AKU BAHAGIA ABADI...
          KERANAMU...
          AKU BAHAGIA ABADI...
          KERANAMU...
          AKU BAHAGIA ABADI...



              
             
             

Saturday, June 11, 2011

Bagaimana Mendorong Khusyuk Dalam Sembahyang?

dipetik dari http://soleh.net

semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri kita..insyaALLAH..

9 July 2007 oleh ImamKhalid
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Melakukan sujud tilawah juga merupakan salah satu di antaranya.
Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:
  1. Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar.
  2. Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita.
  3. Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan.
    Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda.
  4. Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
  5. Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah.
  6. Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya. Allah berfirma di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud:
    Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.
  7. Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapa para sufi yang bermaksud:
    Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku.
  8. Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang samada dari segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah.
  9. Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya.
  10. Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.
  11. Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi. ...wallahu a'lam

Wednesday, May 18, 2011

DERITA MILIKNYA...

           Air mata lelaki itu mengalir lagi...walau x deras tapi cukup melambangkan keperitan hati yg ditanggung terpancar dr sinar mata bening itu... petang itu cukup menggamit hati dan merenyuk perasaannya...mahu rasanya dia menjerit sekuat hati tapi x terluah oleh bibirnya...air mata yg ditahan selama ni mengalir jua akhirnya tanpa rela...lesu..pilu..
            Kuat mana pon lelaki itu gagah mana pon ia andai soal hati tentu akan melemahkan segala kudratnya yg ada...itulah kuatnya hati yg perlu diteguhkan dlu...kakinya melangkah lesu..aturan langkahnya tidak seyakin dlu...angin bayu dipantai itu meniup tubuhnya...sesekali dia menyisir rambutnya yg ditiup angin....umurnya hampir jejak ke angka 30 tapi wajah itu x nampak seperti usianya kerana mungkin tubuhnya yg agak rendah...dia menyeka air matanya lagi...dan terus menyusuri pantai itu... hmmm...keluhan lembut keluar dr mulutnya...terasa terlalu berat apa yg ditanggung ketika ini...seolah2 seketul batu besar jatuh dari langit telah menghempapnya dirasakan ketika ini...
            Kenangan indah bersama kekasihnya dlu terus bermain di kotak fikirannya...saat kekasihnya ketawa,merajuk terus menerjah dlm kotak kenangannya...di bawah pohon ru itulah dia duduk besama kekasihnya suatu ketika dlu...merayu dan bermanja...air matanya mengalir lagi...kenangan itu masih tersimpul rapi dlm ingatannya...adakah saat itu akan kembali semula setelah smua ini terjadi kepadanya...
           Kata kata itu telah mengoyakkan hatinya...mengsiat2 jiwanya...lalu di buang ke dalam mesin pengisar... begitulah hancur hatinya bila kata2 itu singgah di cuping telinganya sebentar td....hubungan yg x direstui.. terasa dunianya gelap serta merta...cinta yg selama ni disemai dgn benih kasih,dibaja dgn kejujuran sehingga tumbuh daun2 sayang lalu dahan2 cinta terus berdiri teguh... namun kini hanya tgu masa utk rebah ke bumi....setelah cinta yg selama ini dijaga rapi dimusnahkan oleh org tuanya... org tuanya x merestui perhubungannya yg selama ini dijalinkan bersama kekasihnya diteruskan lagi...org tuanya mahu dia melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan dipaksa keluar negara utk meneruskan pelajaran dlm bidang undang2...hatinya masih cinta terhadap kekasihnya mana mungkin percintaan sekian lama diputuskan begitu saja..bagaimana dia mahu mengatakan kepada kekasihnya tentang ini smua... lelaki itu x mungkin meninggalkan kekasihnya dan menghancurkan hati kekasihnya itu setelah mendapat tahu ini smua...biarlah hatinya hancur mendengar itu smua dr mulut org tuanya dia x sanggup menghancurkan hati insan yg amat dicintainya...biarlah derita itu miliknya andai kebahagiaan milik insan yg tersayang....derai air mata lelaki itu jatuh lagi membasahi pipi kasarnya...

Tuesday, January 11, 2011

BELENGGU IRAMA

                 Chinies New Year set up plak...aduhh.. tapi xla teruk sgt macam krismas..ni ok lah kot aku set up sorang2 3hari ni..staff ade masalah peribadi..xpela aku pon blh siapkan laipon x byk bende blh buat selain gantung tanglung dan deco house hold dept sket2...tu jelah ni pon da 90% siap da ni..tgl sket2 je lagi...
               hm,bz betul skrg ni..masuk tahun 2011 je aku da kene g training kat pavilion lagi utk CNY...nasib pegi blk xde masalah macam hari mula2 g hari tu..hehehe..! smua berjalan lancar...lepas ni keje aku da free sket sb xde perayaan dlm masa terdekat lepas CNY ni...blh la aku ambik cuti lama sket...(macam byk plak cuti aku yg ade kan?) huhu...
                serabut plak kepala hotak aku skrg ni...budak2 rumah ni tiba smua nk blah..tgl aku sorang kat umah ni..adoi dr nk jimat skrg da lagi byk plak kene bayar sewa rumah sorang2...tapi bagus sebenarnya budak x berapa nk betul ni blah buat semak kepala aku je cuma skrg aku nk cari kawan atau carik umah yg lebih murah...tu  je jalan penyelesaian kepada masalah aku ni...akan aku fikir2kan...
                 AKU igt tahun baru ni aku nk buat keje part time klu blh aku nk simpan duit lebih sket utk azam tahun ni...tapi blh ke aku.. klu aku x buat macam tu setakat keje aku ni mmg lah cukup utk aku simpan sket2 tapi klu nk hidup senang org kata kene keje lebih sket...hm,sebelom aku buat pape keputusan byk sudut aku kene fikirkan dulu baik dan buruk akibatnya kotak fikiran aku x dapat nak berfikir dgn baik skrg...smua masalah dtg dalam satu masa...
                   aku ni klu da merepek mmg x igt...sorry lah kawan2 aku x dapat nk tulis citer novel SIAPA ITA tu buat masa skrg ni...sibuk dgn masalah2 aku ni buat aku xde idea nk mengarang...aku harap tahun 2011 ni tahun yg cemerlang buat aku...aku nk berubah jd lebih baik dr sebelom2 ni..akan aku perbaiki sket2 mana kekurangan aku dan kelemahan aku...hm tahun ni tambah lagi angka kat usia aku...jadi aku perlu jadi lebih matang...lebih cool n steady tu azam tahun baru aku ni...korang doa2kan lah ya...insyaALLAH...
                    xtau lah aku ade ke x org follow blog aku ni lagi agaknya..hehhe..xpe..ni hanya hobi aku je kire aku menulis ni macam aku da bercerita sket2 pasal masalah aku kat org jd kurang la sket rasa tekanan tu nanti...meluah kan salah satu cara melepaskan emosi...xla  tibe2 meletup nanti naya dibuatnya...aku belom sampai tahap teruk macam tu lagi kot...ok lah geng nanti kita jumpa lagi dikeluaran akan dtg...haha macam majalah mingguan atau bulanan plak...padahal setahun sekali baru aku update blog ni..hehe..ok salam 1 malaysia smua..assalamualaikum.......