Sunday, June 6, 2010

SIAPA KITA.. episode 2

                     ‘Assalamualaikum’…aku sapa dengan lemah lembut. Ayat kena best. ‘Waalaikummussalam.. oh, awak Adam.. bila balik kampong ni? Cuti ke? Ingat da tak nak balik kampong ni lagi…’ ‘wah, awak ni macam polis la pulak tanya saya. Bertalu talu soalan mana satu saya nak jawab.’ Nani tersenyum manis buat hati aku berdebar tengok senyuman nani.. Pergh! Nak jatuh jantung aku dibuatnya. ‘Ala awak ni, dari
dulu sama je!’ nani saje tarik muka masam.
‘memang la sama. Kalau tak sama nanti awak da tak kenal saya lagi.’ Aku saje buat lawak tak berapa nak pandai. Muka nani makin masam. Tapi sesekali dapat sakat dia macam ni best jugak. Teringat masa zaman persekolahan dulu. Sampaikan nani ni dulu beri gelaran kat aku. Dajal. Lebih nakal dari Ali setan lakonan Azmeer Mustafa tahun 80an dulu. Hehehe!
                    Diam tak diam da hamper lapan tahun aku tinggalkan zaman tu.. Cepat sungguh masa berlalu. Kawan kawan pun ada yang da berumah tangga. Malah aku dengar yang da ada anak dua tiga orang pun ada. Aku tumpang gembira. Masing masing da ada kehidupan sendiri. Aku dapat juga hadiri majlis walimatulurus sorang dua teman teman sekolahku. Meriah! Itulah yang dapat ku gambarkan dan rasai berada disitu.
                Giliran aku? Tunggu.. aku pun da ada pilihan hati aku sendiri. Lebih comel dari nani,lebih cantik dari sharifah amani. Masanya pasti tiba. Hanya dia sahaja yang bertahkta di hati kecil ku ini kini dan selamanya…
‘Yang awak tersengeh macam kerang busuk ni kenapa?’nani sergah aku. Alamak jauhnya aku berangan.
‘Heh, takdelah saje teringat zaman kita sekolah dulu. Nani awak ni bila nak kahwin? Kawan baik awak dak shima tu da dua orang da anak. Siti pun dah kahwin. Awak nak tunggu siapa lagi? Nak tunggu Mawi lamar awak? Pun da terlambat Ekin da cop dulu. Hehehe!’ Aku makin galak sakat nani.
‘Da awak jangan nak merepek ya. Takde maknanya saya nak tunggu Mawi tu.. saya da ada cik abang tau tunggu kat u tu. Insyaallah kalau ada jodoh tahun depan kami bertunang sebulan dan terus nikah.’jawab nani terus terang dengan nada manjanya.
                    ‘Amboi! Cepatnya. Da gatai ya? Hahaha…! Aku terus mengusik. Muka nani yang putih bertukar merah jambu menahan malu. Tanpa ku sedari satu cubitan kuat singgah di lengan ku.
‘Aduh! Sakit lah!’
‘Padan muka awak! Siapa suruh nakal sangat! Cakap orang awak tu bila lagi?’
‘Aduh,berapa lama awak tak bagi ‘ketam’ awak ni makan ya nani? Bisa bukan main dia sepit.’ Sambil aku menggosok gosok lengan ku yang merah kena cubit...
                  Kenapa tu? Suara garau pak mat kedengaran dari dalam kedai.
Ni,ada orang bela ketam tapi tak kasi makan pak mat. Habis tangan saya kena sepit!’ aku lekas berseloroh.
Kamu ni ada ada je dam.’ Sahut pak mat yang sedang memikul dua guni beras diatas bahunya dan di letakkan dalam raga motornya.
‘Nak hantar kemana beras tu pak mat?’ aku berbasa basi kata orang.