Monday, June 27, 2011

Curahan Rasa Sekeping Hati...

           Hmmmm... macam biasalah aku ni....bila tak blh tidur je aku akan jengah blog aku ni. tak tau la apa yang aku tengah fikir... macam-macam kot.. sedih ada..happy ade.. sayu ade.. macam2 la aku fikir dan rasa skang ni... jam da pukul 3.26am tu..mata tak boleh lelap plak..ape kene la dgn aku ni...
                      ada orang kata cinta ni tak perlu diucapkan cukup dgn perhatian dan tingkah laku kita terhadap insan yang kita sayang... dan ada juga orang yang suka meluahkan apa yang dia rasa terhadap pasangannya bagi  menunjukkan kasih sayang dia pada pasangannya... korang pilih yang mana? bagi aku dua2 yang aku sebut tadi perlu jalan seiring.. luahkan rasa cinta dibibir dgn kata2 indah dan lakukan perkara yang menunjukkan kita hargai dan cinta terhadap pasangan kita...
             tapi tak semua orang sama kan? masing2 ada cara tersendiri meluahkan rasa cinta terhadap pasangan... ada jugak yang suka meluahkan rasa kasih dengan memberi hadiah2...walaupun bukan hadiah yang mahal2 tapi pengertian dan maknanya tu yang paling penting...tu pon salah satu cara meluahkan rasa cinta kan..? terpulang pada diri masing2 untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta tu selagi tak salah dari hukum hakam agama ia boleh diteruskan... aku pon bukan pandai sangat nak bercakap soal cinta ni korang aku rasa lagi expert nk cakap soal cinta kan.. ni cuma sebahagiaan pandangan aku tentang cara luahan rasa cinta.. dari sudut pandangan mata aku...
                bukan apa, tadi ada seseorang cakap kat aku dia nampak 'couple' ni mungkin dari korea kot aku tak pasti, umur boleh dikatakn lebih setengah abad tapi masa berjalan seiring tu still lagi berpimpin tangan...jalan pon da slow tapi still nampak loving couple.. so sweet kan? maybe culture kat sana kita tak pelik sebab ramai yang sudah berusia pon still jalan berpimpin tangan..kat sana normal situasi macam tu..kenapa kat negara kita susah kita nak nampak budaya macam ni...? kat sini bila masa muda dan bercinta jalan nak berkepit,kadang nak langgar tiang pon tangan masih tak nak lepas... tapi bila da mula ada anak dua tiga orang da tak buat lagi macam tu.. kenapa ya? malu ke nak pegang tangan isteri sendiri? kalau buat plak nanti ada plak yang kata 'da buang tebiat ke?' hehe..! tu budaya kat sini kan?
                aku sendiri pon belum kahwin dan belom ada anak. aku pon tak pasti apa yang akan berlaku kat aku nanti.. cuma aku harap isteri aku nanti tak lah kata aku ni buang tebiat ke apa bila aku nak pimpin tangan dia sampai tua nanti...heh! sepatutnya budaya yang elok macam ni tak salah kita ikut dan amalkan sebab aku rasa itu semua lagi merapatkan hubungan dan kasih sayang terhadap pasangan kita...dato' fadzilah kamsah pakar motivasi kita tu pon pernah cakap... "sebelom dan selepas balik kerja berilah ciuman dan pelukan pada isteri itu akan memberi satu semangat baru dan hati akan tenang..." tapi nasihat aku plak ada isteri2 kalau nak suami buat macam tu selalu, kena lah sentiasa berdandan sket untuk suami tercinta...tak salah kan? malah dapat pahala lagi..ni kadang2 aku tengok para isteri ni kalau nak keluar rumah bukan main cantik lagi tapi dok kat umah suami sendiri jelah tau..hehe! aku bukan nak cakap semua isteri macam tu cuma kebanyakannya aku nampak macam tu..
                 benda macam ni kat ceramah2 agama pon selalu ada cakap aku pon tau korang smua pernah dengar cuma kita ni jarang nak buat je..kita tau tapi tak nak amalkan..macam aku cakap dari awal tadi masing2 ada cara tersendiri cuma tak salah kan kalau kita buat untuk kebaikan bersama..aku nak ingatkan diri aku je aku tulis semua ni..maaflah kalau ada yang terasa ke apa.. aku takde niat pon nak sindir sesiapa..yang baik kita jadikan pengajaran yang buruk kita jadikan tauladan... baiklah kawan2 da pukul 4.30 da ni..nak tidur sekejap. kang masuk keje pagi pukul 9.30. aku nak tido dlu ya kawan2.. asslamualaikum....