Saturday, April 27, 2013

Penat Ketat Sendat Padat

          Assalam semua.. Minggu ni agak sibuk dengan 'renovation' tempat kerja aku sekarang.. kerja full shift je, bila balik malam badan da letih terus tidur.. Nak meluangkan masa untuk merapu dalam blog ni pon tak sempat.. Heh!
          Diam tak diam da tiga tahun aku kerja kat sini (Parkson Corparation Bhd). Macam-macam pengalaman aku dapat macam-macam kawan aku kenal, semua mengajar aku erti 'dewasa'... Kawan yang rapat belum tentu setia,kawan yang biasa da tentu tak kekal lama.. Sahabat sejati tu yang kita nak cari sebenarnya... Korang pon ada pengalaman masing masing kan pasal kawan? Aku menulis apa yang aku pelajari dari pengalaman sendiri dan kawan kawan.. Aku teringat cikgu aku pernah berkata pengalaman adalah 'cikgu' terbaik... Sesiapa belajar dari pengalaman dia menjadi lebih matang dari orang lain,dan sesiapa yang biarkan pengalaman berlalu begitu saja mereka adalah orang yang rugi.. Ilmu dari pengalaman tak kan kita dapat dimana mana tanpa kita sendiri lalui pengalaman tu.. Huh, aku bila da menulis macam pakar sastera.. Haha! Takdelah bila aku tulis aku cuba motivasikan diri aku sendiri sebenarnya... kalau korang dapat sesuatu dari apa yang aku tulis ni sekurang kurangnya aku pon da bagi ilmu kat korang secara tidak rasmi...
          Aku letak gambar gambar selepas renovation hari tu tapi tak banyak sebab byk dalam kamera aku,ni yang dalam handset je aku sempat upload..Kalau korang nak datang jangan segan segan la membeli belah di PARKSON MAHKOTA PARADE..
     





                           
        Ok, phase 1 da siap, tunggu phase 2 pulak lepas ni.. Ni baru sket ni kalau aku ada masa aku upload lagi gambar phase 1 ni punya gambar... Jumpa lagi post yang akan datang... Assalamualaikum kawan...